A- A A+

Main Image Slider

Siswa - Siswi Sidang Akademik 2013/2014 ke Fakulti Reka Bentuk & Teknologi Kejuruteraan, UniSZA
Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr.Yahaya Ibrahim memerhatikan reka bentuk kenderaan pelajar FRTK.
Profesor Keigo Watanabe dari Universiti Okayama, Jepun
Dua pensyarah FRTK antara lima pereka muda yang dipilih mewakili Malaysia ke i SALONI 2013 : Milan International Furniture Fair di Fiera Milano,Itali.
Pelajar FRTK, Muhamad Shafiq Mokhtar Baharudin, 21, berjaya menjuarai Anugerah Rekaan Produk Promosi (PPD) bagi kategori pelajar universiti pada Ekspo Pesta Hadiah, Premium dan Alat Tulis ( KLIGP ) Tahun 2013.
Bengkel Pengemaskinian semula struktur program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian telah berlangsung dengan jayanya pada 18 hingga 20 Jun 2013 di Baron Resort, Langkawi Kedah.

Majlis Ucap Utama Tahunan Naib Canselor & Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2013

Naib Canselor menyampaikan ucap utama yang bertajuk Universiti Sultan Zainal Abidin: 'Membina Perubahan, Menggapai Impian' di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

program diploma rekabentuk perindustrian

Bengkel Penggubalan Kurikulum Program Reka Bentuk Tekstil dan Fesyen Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi Kejuruteraan

Pada 3 - 4 September 2013, bertempat Hotel Grand Margarita, Kuching, Sarawak telah berlangsung dengan jayanya, Bengkel Penggubalan Kurikulum Program baharu iaitu Program Reka Bentuk Tekstil dan Fesyen, Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi Kejuruteraan, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Bengkel ini  telah dianggotai oleh tiga orang pakar dalam bidang tekstil dan fesyen iaitu Hjh. Zuraidah Abd. Razak,  Mantan  Pengarah Urusan Karyaneka Sdn. Bhd, YM. Raja Iskandar Shazrim Shah Raja Shahriman,  Pensyarah Fesyen, UTAR dan Prof. Madya Dr. Mohd Rozi Ahmad, Timbalan Dekan , Fakulti Sains Gunaan, UiTM. Manakala UniSZA diwakili oleh Pakar Perunding Penubuhan Program Reka bentuk Tekstil dan Fesyen yang telah dilantik oleh Unimas Holding Sdn. Bhd. Iaitu Prof. Dr. Hj. Khairul Aidil Azlin bin Hj. Abd. Rahman, Pengarah Institut Reka bentuk dan Inovasi, Unimas serta Prof. Madya Dr. Hjh. Nazlina Shaari,  Pensyarah Tekstil dan Fesyen  / Felo Penyelidik, INDI UNIMAS.

Program Reka bentuk Tekstil dan Fesyen ini dijangka dapat membuat ambilan pelajar pertamanya seramai 40 orang pada September 2014. Tertubuhnya program ini nanti, UniSZA merupakan satu-satunya universiti di pantai timur yang akan melahirkan pereka profesional dalam bidang tekstil dan fesyen sekaligus menyahut seruan Kerajaan Negeri Terengganu yang mahu menjadikan Terengganu sebagai Hub bagi industri Tekstil dan Fesyen yang telah diumumkan pada awal tahun ini di daerah Kemaman iaitu hub zon pantai timur yang dijangkakan mampu menarik pemodal asing sebanyak RM500 juta.

 

footer logo

      

visitor counter